Friday, September 6, 2013

merepek #3

Awak…
Saya..
Telah jatuh cinta pandang pertama..
Tapi kita adalah cinta terlarang…

Semalam saya suruh awak tunggu saya..
Sehari cukuplah untuk saya pujuk Dia..
Tapi hari ni…
Napa awak pergi juga??
Kenapa.. kenapa tak leh tunggu saya…
uwaa….
Awak jahat…
Tak akan pernah hilang rasa ini…
Cinta yang membawa dalam hati saya untuk awak!!
Tolong lah restock balik tudung tu!!! tolong lah!!!!






nota hati: learn to wait....


Thursday, September 5, 2013

Merepek #2

Awak..
Hidup itu tidak mudah..
Kaya..
Penuh dengan hutang…
Miskin..
Penuh dengan impian..
Hiduplah sebagaimana anda sekarang..
Sesungguhnya Allah lebih tahu di mana tahap yang perlu di letaknya kita…
Sentiasa bersyukur…
Sentiasa beringat..
Jika awak di bawah jangan lah cemburi orang yang di atas..
Jika awak di atas janganlah di lupakan orang di bawah…
Sesungguhnya kita bergantung antara satu sama lain…

Usah di pinta hidup yang mudah… 
Pinta hidup yang tabah untuk menghadapinya… 

Merepek #1

Positif..
Di mana mahu datangnya positif
jika awak menidakkan kewujudannya…
Yang awak nampak hanya kewujudan negatif..
Awak masih mahu berkawan rapat dengan negatif..
Pergilah mensebatikan kehidupan awak dengan negatif..
Sehingga awak tahu akhirnya ia akan bawa awak jauh
 dari apa yang awak perlu tahu..
Yang awak perlu miliki..
Sebab negative telah sebati
Dan menghanyutkan awak..

Kembali lah keasal…
Pulanglah ke ganggang..
Cari kembali jati diri awak…
Baliklah kepada Pencipta.

Tuesday, September 3, 2013

terapi blog

terapi blog...
itu yang aku selalu cakap ngan cikja..
bila perasaan tak terluah dik mulut..
bila orang sekeliling seakan tuli mendengar cerita yng di ulang2..

nah di situ perlulah satu blog untuk di luahkan.. tapi banyak yang buruk dari yang baik apabila terjadinya terapi blog ni.. sebab jiwa aku telalu emosi dan selalu tulis mendahului akal fikiran.. jadi pada era 2013 terapi blog sudah tidak relevan lagi.. blog hanya tempat singgah lepas ketagihan menulis karangan BM yang bergred C.

baru lepas baca dunia sebelah zara.. ketagihan menulis datang semula... tapi sudah tidak terluah lagi ape yang di rasa.. sudah tidak biasa bermain dengan bahasa apatah lagi untuk membuat satu ayat bagi mudah untuk semua orang dengar.. untuk semua orang faham..

jadi blog dianaktirikan.. perasaan di pendam biardia hadam dalam otak..
semoga suatu hari nanti ade yang ingin dengar...

Monday, July 1, 2013

cream puff..

hasil oven baru...
setelah surf internet berhari2.. jumpalah makanan yang yummy2.. nak di buat...

so tarraaa...





cream puff...
rasanya sangat wallaaaa....
tak terhurai dengan kata-kata wa cakap lu...
nak buat pon senang...

so ni dia resepi Cream Puffs




Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat

5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.



Custard Cream

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
 
p/s: kastad ni ara main hentam ade.. tak ikut method dia sangat..  sebb manis sngt masa ikut resipi so ara modified letak air.... haha

Saturday, June 8, 2013

kucing mak saya comel..

hari ni nak share pasal kucing mak saya  bercakap...
hahaha...
mak saya memang celik IT ok..
mak korang ade... ;)

ok
hahahah jangan komen ape2 pasal video...
pang kang.. :P